assalamualaikum..
salam sejehatera buat semua pembaca yang saya hormati sekelian..hari ini saya nak berkongsi tentang pengalaman saya ketika mengikuti "kursus pengurusan jenazah dan sembelihan di (KKTM) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Alor Gajah di Lubuk Cina Semalam. 17 hb 10 200
7 pagi semua ready nak naik bus dan bila semua cukup. saya selaku senior dalam bas tu diarahkan untuk kira peserta oleh ustazah Nor iBrahfaziyyah. tanpa melengahkan masa, saya meminta tolong salah seorang junior yang baru sahaja dilantik menjadi ahli Majlis Perwakilan Siswa menolong saya. saya yakin dengan bakatnya mengendalikan program. terbukti pada ketika itu. mungkin perbuatan ku ini boleh menyerlahkan bakat kepimpinannya di hadapan siswa2... senhanglah kawan kita tu bua keje nanti... betul tak.?? setibanya kami di KKTM AG. kami disajikan degan sarapan yang begitu sedap dan berselera say menjamahnya..
nak dijadikan cerita..
selepas beberapa slot telah dijalankan.. tibalah masanya saya ditugaskan menjadi jenazah dalam program itu..
saya diarahkan baring dan diukur ketinggian dengan tali kain Kafan itu.
lantas kain Kafan pantas disediakan untuk mebalut badan ku..
selepas semua peserta faham untuk step itu.. aku dibawa ke tempat mandi..
"Tempat Mandi?? Ya ALLAH, gerun Pulak rasanya.." berbisik dalam hati.
air melor dan kapur barus disediakan untuk memandikan tubuh ku.. masyaALLAH.. baunya menginsafkan..
Ustaz Hakimey yang bertanggungjawab terhadap kami pada hari itu menasihatkan agar tidak dimandikan dengan 'Air Kapur Barus". katanya, "saya mempunyai pengalaman yang x baper sedap untuk diceritakan mengenai kapur barus ni.." beberapa peserta memujuknya agar menceritakan apa yang dirahsiakan itu.. akhirnya dia stuju..
" sebelum ini, prgram ini macam ni saya lakukan di ..........."tempat yang tidak disebutkan" juga.. kami mandikan dengan air kapur barus.. lepas tu budak tu jadi x bersemangat dan bermasalah.. x macam orang. dah.." " kenapa jadi cam tu Ustaz.." beberapa peserta bertanya..jawab ustaz dengan slumber.." sebab ada benda yang mengekori bau tu la.."
"saya menelan air liur.. "
selesai sudah proses mandi manda..
projek kafan mula..
.
.
.
.
.
.
.
.
kafan pun siap...
agak ketat.. panas dan macam2 dlam fikiran.. rupanya macam ni keadaannya..
gerun juga...ramai yang mngambil kesempatan bergambar.. suka pula kawan2 ku..termasuklah kawan yang memegang HP aku..
firdaus.
setelah ditanggalakan kain kafan.. excited aku nak tengok wajahku apabila dikafan kan.. tambah2 waktu aku "Act" macam mayat.. siap pejam betul2..
jeng3x.... sekeping gambar puwn x lekat..
Astagfrullah.. kenapa ni.. "cemas."
termenung panjang aku dibuatnya..terus aku tanya kepada firdaus.. yang mengambil gambarku.. "hang save x gambar td..". jawabnya dengan ringks dan confident." save..!"
jawapanya menambahkan lagi tempoh termenung ku..
x mao pikir panjang2 lah.. dengan pantas aku bertanya denga ustaz hakimey.. "segalanya diceritakan.." jawapan ustaz ringkas.. " kamu x dak hak nak simpan gambar kamu dalam keadaan berpakaian macam tu.." "kenapa ustaz.. ? "soalan penuh tanda tanya. ada makhluk Allah yang lain X bagi.. "masyaALLAH.. " kegusaran ku dileraikan dengan cerita ustaz hakimey tentang keadaan kawasan KKTM AG yang baru sahaja siap." kat sini ada penguni tetap dia.. walaupun manusia sikit ja.. bkn manusi tu banyak.. dan surau ini adalah tempat dia berjemaah dan beribadah kepada TuhanNya.. Kadang2 makluk tu menjaga kita dari buat benda2 yang tak elok.. macm nak takut2kan orang dengan muka kita tengah kafan.. betul tak Fakhrudddin.?" saya terkejut dengan kata2 ustaz.. takutkan orang..? apa maksud ustaz..? tanya saya kembali dengan nada x bersalah. padahal niat tu ada....
betul x kamu ada niat tentang itu..? betul..! jawabku dengan jujur.. ustaz meletakakkan tangan dibahu sambil berkata.. lain kali jangan buat camtu lagi.. x elok kan.. kamu masih hidup... nanti "masanya akan tiba juga.. "kata ustaz.."baik...!" ringkas jawapanku sambil tersenyum..
"siap2 nak maghrib dah.." kata ustaz.. "time macam2 dia dah datang ke surau fakhruddin..."gurauan bermakna ustaz lagi.. tanya ku.." benda tu ka ustaz.. ?" "yer.." ustaz jawab. dia slalu jemaah di surau ni.. ya ka?tanya ku.. kembali.. mmm...
tanpa kusedari selepas teguran ustaz Hakimey tu jiwa ku menjadi tenang dan rasa seronok sangat walaupun kawan2 lain macam biasa ja..muka pun asyik tersenym ja.. sampai dapat teguran.. ya la, mana x nya kawan2 lain penat seharian yang aku bleh senyum.. Mungkin tu hikmahnya.. hebat sungguh kuasa ALLAH..
"masanya akan tiba juga.. "
AWAS: STATUS "HADITH" INI DIRAGUI!
“Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri; Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang disengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..”
Saya yakin, pastinya ada di antara kalian yg pernah menerima mesej seumpama ini, tidak kiralah sama ada melalui kiriman emel mahupun SMS, terutamanya di saat Ramadhan hampir tiba. Saya sendiri tidak terkecuali. Sebentar tadi juga ada saya terima SMS tersebut dari seorang rakan (tidak perlulah dinyatakan namanya). Ini bermakna masih ada di kalangan kita yg masih belum tahu tentang kedudukan hadith ini. Jadi di sini ingin saya kongsikan bersama para pembaca sekalian, ulasan daripada pihak yg berkaitan berhubung dengan status 'hadith' yg agak meragukan ni.
Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB. Sesungguhnya Hadis tersebuttidak diketahui sumbernya dan diragui kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut: i) Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar, ii)Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok- tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar, iii) Hadis ini baru sahaja muncul tahun ini (2008). Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikit kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan. Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (Al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun, perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW. Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka.” (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat). Wassalam.
Lebih lanjut hubungi:
Nurmaezah Omar
Jabatan Pematuhan Syariah
03-7801 1427
Jadi, sebagai peringatan buat diri sendiri dan juga teman2 seagama, berhati-hatilah ketika menyebarkan hadith2.. siasatlah dahulu sumbernya, kenalpasti status/ kedudukan hadith tersebut supaya mudah2an kita tidak berbuat salah dan silap dalam menyampaikannya. Memang benar niatnya baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah berbuat dusta dengan menyebar2kan “sesuatu” yang kita sangkakan hadith… Na3uzubillaahi min dzaalik… WALLAHU A3LAM…
H1N1
Selain daripada mendapatkan rawatan dari Klinik Kesihatan, kita juga boleh berusaha menyembuhkan pesakit tersebut mengikut kaedah rawatan perubatan Islam sebagai jalan alternatif. Tidak memerlukan wang ringgit, hanya bacaan doa dari ayat-ayat suci Al-Qur’an dan beberapa bahan sahaja yg diperlukan dalam kaedah ini. Boleh diamalkan bagi tujuan menghindari diri dari penyakit berjangkit secara khususnya, dan boleh juga diamalkan untuk merawatnya.
Apakah bacaan-bacaan doa tersebut?? Setelah berusaha mencari laman-laman web perubatan Islam bagi tujuan ini, Alhamdulillah akhirnya diketemukan jawapan yg inshaAllah boleh dimanfaatkan serta diamalkan bersama… Jawapan ini diperoleh dari blog Terapi Islam Al-Fatah.. Kredit buat tuan punya blog, shukran jaziilan…
****************************************************************
# Bagi tujuan menghindari wabak ini, bolehlah diamalkan bacaan Yaasin: 58
“(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.” (Yaasin: 58)
1) Selepas selesai mengerjakan solat Fardhu, amalkan membaca ayat di atas (Yaasin: 58) sebanyak 7, 9, 12 atau 27x dalam satu nafas. InshaALLAH terhindar dari segala unsur-unsur negatif.
2) Sebelum keluar rumah, amalkan membaca ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 7x dalam satu nafas, inshaALLAH terhindar dari segala penyakit berjangkit, sihir atau gangguan makhluk halus dan santau terutamanya.
3) Dalam sehari, jadikan mandian untuk menghindar dari penyakit berjangkit dan segala penyakit dengan izin ALLAH – Amalkan bacaan ayat tersebut (Yaasin: 58) sebanyak 77x, ditiupkan pada air di dalam baldi.
****************************************************************
# Bagi yg terkena, boleh diikhtiarkan untuk menyembuhkan pesakit dengan menyediakan air satu baldi beserta dengan:
- Garam bukit 3-7 sudu (bergantung kepada tahap kekronikan sakit)
- Daun pokok Ketapang 7 helai
- Daun pokok Ara 7 helai
- Kulit pokok Rambai 7 keping (ditumbuk halus)
- Daun Bidara (jika kes gangguan)
Campurkan kesemua bahan- bahan ini dalam satu baldi dengan tuangan satu persatu lalu dibacakan dengan:
a) Al-Fatihah 7x dengan ulangan ayat ke-4 sebanyak 7x setiap satu.
“Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).” (Al-Fatihah: 4)
b) Ayat Kursi 7x dengan ulangan ayat yg digariskan sebanyak 9x setiap satu.
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi-Nya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha besar (kekuasaanNya).” (Al-Baqarah: 255)
c) Ayat ke-58 surah Yaasin sebanyak 63x.
d) 5 Qul ( Al-Jin: 1-5, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al- Falaq, dan An-Nas). Surah All-Ikhlas seelok-eloknya dibaca sebanyak dalam bilangan yang berikut samada 1, 3, 5, 7, 9 atau 12x.
Maka, setelah selesai, dimandikan pesakit tadi. Adalah lebih bagus jika yang sihat mengamalkannya sekali sebulan sekurang-kurangnya kerana mengelak lebih baik dari mengubati.
****************************************************************
Ramai juga yang tertanya-tanya, bahan-bahan di atas agak sukar untuk diperolehi jika tinggal di kawasan bandar.
Boleh saja digantikan dengan limau nipis sebanyak 7 biji dan garam bukit, jika bahan ini juga sukar diperolehi di bandar, saya dapat rasakan, pasti ada yang pelik, bandar mana yang individu tersebut tinggal?
Tidak perlu dipeningkan kepala dengan kaedah atau bahan-bahan. Yang paling penting dan utama adalah penyerahan dan pengabdian diri kepada ALLAH semata-mata. Bahan dan kaedah hanya sandaran tetapi pergantungan tetap kepada ALLAH semata-mata, tiada duanya. Ada jalan masuk, pasti ada jalan keluar, InsyaALLAH. ALLAHu Robbi.
****************************************************************
Inilah serba sedikit maklumat yg diperoleh dari blog berkenaan, yg boleh kita amalkan dalam menghadapi masalah penyakit berjangkit, khususnya H1N1 yg kini semakin luas tersebar. Kita sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa bergantung harap memohon kepada-Nya agar diri terhindar dari segala penyakit berjangkit yg mengakibatkan maut. Dan jika kita ditimpa penyakit sebegini, maka janganlah terlalu mudah berputus asa. Sebaliknya hendaklah kita bermohon juga kepada-Nya, agar disembuhkan. Berikhtiarlah semaksimum mungkin, banyakkan berdoa, dan setelah itu bertawakkallah kepada Allah SWT. Semoga usaha yg sedikit beserta dengan niat ikhlas ingin membantu ini mendapat manfaat dari Allah SWT… Aamiiin…
Salam Buat Semua Teman2..
sudah lama rasanya tidak bertemu..jika dikirakan dengan hari,baru hampir 50 hari kita tidak bertemu. terasa bagai 5 tahun tidak berjumpa.. tu tandanya saya amat merindui teman2.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat kembali ke Kolej semula buat semua teman di KPM Melaka. walau kita dipisahkan denagn dua kolej yang berbeza. saya amatlah berharap ukhuwah yang telah sekian lama tejalin tidak terkubur begitu sahaja..sebelum kita memulakan kelas, lebih elok jika saya telebih dahulu memohon kemaafan buat semua teman.. smoga salah dan silap saya dimaafkan dan smoga kita tenang untuk meneruska alam pembelajaran.. jadi nya..0-0 la yerr... hahah ok lah stakat ini sahaja coretan hati saya buat semua teman2.. sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. terima kasih kerana sudi melayari blog yang sesimple ini... masuk2 lah slalu.. IAllah akan ada santapan rohani dan motivasi.. yang bakal saya sajikan dari smasa ke smasa.. waillalliqa ya maassalamah.. assalamualaikum..
InTeam - Pemergianmu
Pemergianmu
Ya Rasulullah...
Kau masih tersenyum
mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
Search
Categories
- coretan hati (2)
- dakwah (3)
- i luv islam (1)
- KPMAM (1)
- KPMM-XTVT. (1)
- lirik InTeam (1)
- motivasi (3)
- semasa (1)
- Suka 2 Aja.. (1)
About Me
- MuHamMad FaKhRuDdiN BiN MoHd FaiZ
- My name is Muhammad Fakhruddin Bin Mohd Faiz, was born in Sungai Petani Kedah at 9.30 PM on 6 July 1989.