INTRAKOL KPMM 09 berjaya or..?
""Alhamdulillah""
Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat, terutamanya Pihak Pengurusan Kolej Profesional MARA Melaka, Sir Matias serta barisan pimpinan Kolej, Bahagian KO-Q, Encik Azhar, Encik Fadzli, Para golongan pensyarah yang terlibat, Rakan Seperjuangan di Majlis Perwakilan Pelajar, dari Exco Sukan dan Rekreasi khasnya serta AJKnya yang telah bertungkus lumus selama beberapa minggu sehinggalah program ini berjaya. tidak dilupakan juga kepada semua Pelajar Kolej Profesional MARA Melaka yang begitu sporting. Tanpa anda siapalah kami.
demikianlah usaha yang mampu kami sajikan kepada kalian dan saya bagi pihak Majlis Perwakilan Pelajar memohon jutaan kemaafan atas segala kesulitan.
under:
KPMM-XTVT.
kalau mahu semua boleh
Posted by MuHamMad FaKhRuDdiN BiN MoHd FaiZ
Kalau Mahu Semua Boleh
Kiriman: lutfihafifiEditor: b_b
Di antara hikmah kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi Allah ini ialah bila kita diberikan akal untuk berfikir kemudian mengemudi akal kita dengan cara yang terbaik dan bila baik pelayaran akal kita maka kita akan berlabuh dengan mulia di pelabuhan abadi nanti. Namun, kadangkalanya kita sering menjadi seorang pelayar yang gagal, sudah berputus asa dan harapan, biarkan sahaja bahtera karam atau berlabuh di pulau sepi. Akhirnya pelayar kapal kalah dengan ciptaanNya yang bernama ombak dan ribut.
Tiada akal dan tiada otak. Bagi pelayar yang berjaya melabuhkan kapalnya pula merupakan wira samudera, bijak dan hebat megawal keadaan serta perkasa membunuh 'TAKUT'. Kini pelayar yang berjaya sudah tiba di pelabuhan. Kemana destinasinya? Itulah hikmah manusia, dijadikan untuk benar-benar manjadi “Manusia yang Manusia”.
LUMRAH TRADISI DAN TRANSFORMASI
Menjadi seorang yang berjaya dan disegani bukanlah bermula dengan mudah dan senang, tidak seperti menyebut huruf A hingga ke Z. Rintangan dan dugaannya susah; perlu menghadapi dan dihadapi. Itu lumrah keadaan, bukan ciptaan mahupun rekaan. Bila mahu melaksanakan sesuatu yang baru, pasti ada yang memberontak; si TRADISI pasti bertindak menghalang si TRANSFORMASI untuk terus melaksanakan cita-cita. Akhirnya 1001 pertembungan akan berlaku. Siapa salah, siapa benar? Sekiranya dibincang dan dibahaskan, akhirnya pasti juga wujud “Khilaf”, akhirnya kedua-dua itu terkapai-kapai mencari titik yang tidak bertanda. TRADISI itu adatnya. Kena berpegang dan teguh berdiri. TRANSFORMASI itu pengubah adat. Perlu berkembang dan harus berjalan.
KALAU MAHU SEMUA BOLEH
Jika kita mahukan sesuatu luar biasa, apa yang kita akan buat? “Aku akan buat dan usaha sampai dapat!”, “Mestilah nak buat.. seronoknya!”. Angan-angan sudah mengatasi segalanya. Dibuai angan-angan kemudian diulit mimpi-mimpi indah dan kesudahannya sehingga kini masih lagi di KAKI AKAR. Berangan dan terus bermimpi-mimpi. KITA pasti bukan yang asyik berangan-angan dan bermimpi-mimpi, begitu juga saya. Kalau mahu semua boleh, kalau nak tiada yang mustahil dengan izin Allah. Ini kata-kata Abang Qobin (Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, Belia Melayu Islam yang pertama sampai di Everest , dan Belia Malaysia mengelilingi dunia dengan hanya berbasikal) pada saya setahun yang lalu dan ini juga maksud kata-kata Pasangan Muslim Pertama Asia dari Brunei Darussalam yang mengelilingi dunia dengan kereta pacuan 4 roda (Puan hayati dan Encik Harun). Mereka merupakan diantara insan yang cukup bertuah dengan diri mereka kerana mereka dapat apa yang mereka mahu. Tiada tuah yang mendekati mereka, kerana mereka sendiri yang mencari tuah, itu istimewanya kerana mereka bukan pelayar yang berputus asa dan apa yang mereka tahu ialah “Kalau mahu semua boleh!”. Mereka Berjaya kerana mereka berpegang pada prinsip dan misi. Mereka juga berjaya kerana mereka mahu menjadi yang terbaik. Misi yang mulia akhirnya menjadikan mereka insan yang disegani. Mereka juga manusia seperti saya dan anda. Siapa tahu, kita bakal menjadi seperti mereka?
“HIJRAH ITU LAUTANNYA DUGA , NAMUN PELABUHANNYA INDAH”
Tips Wanita Solehah
TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
www.iluvislam.com
mufidah
azzahra_solehah
Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...
1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.
2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???
3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.
Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..
Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..
5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.
Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.
BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN

Search
Categories
- coretan hati (2)
- dakwah (3)
- i luv islam (1)
- KPMAM (1)
- KPMM-XTVT. (1)
- lirik InTeam (1)
- motivasi (3)
- semasa (1)
- Suka 2 Aja.. (1)
About Me
- MuHamMad FaKhRuDdiN BiN MoHd FaiZ
- My name is Muhammad Fakhruddin Bin Mohd Faiz, was born in Sungai Petani Kedah at 9.30 PM on 6 July 1989.