sudah lama rasanya tidak bertemu..jika dikirakan dengan hari,baru hampir 50 hari kita tidak bertemu. terasa bagai 5 tahun tidak berjumpa.. tu tandanya saya amat merindui teman2.. terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat kembali ke Kolej semula buat semua teman di KPM Melaka. walau kita dipisahkan denagn dua kolej yang berbeza. saya amatlah berharap ukhuwah yang telah sekian lama tejalin tidak terkubur begitu sahaja..sebelum kita memulakan kelas, lebih elok jika saya telebih dahulu memohon kemaafan buat semua teman.. smoga salah dan silap saya dimaafkan dan smoga kita tenang untuk meneruska alam pembelajaran.. jadi nya..0-0 la yerr... hahah ok lah stakat ini sahaja coretan hati saya buat semua teman2.. sehingga berjumpa lagi di lain waktu.. terima kasih kerana sudi melayari blog yang sesimple ini... masuk2 lah slalu.. IAllah akan ada santapan rohani dan motivasi.. yang bakal saya sajikan dari smasa ke smasa.. waillalliqa ya maassalamah.. assalamualaikum..
InTeam - Pemergianmu
Pemergianmu
Ya Rasulullah...
Kau masih tersenyum
mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan
Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa
Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat
Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu
Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya
Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya
Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu
P@NtUn Bu@t Y@ng "M@l@sss" Sol@t..
Pes@n bUat Mu ~~~Teman~~~
ditulis oleh~~~~
Dr.Fadhilah Kamsah..
Assalammualaikum. .....Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...
dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ...
tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...
either belen makanan mak atau abah...
tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan...
kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ...
samada kami perasan atau tidak ...
so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...
arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...
mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak...
samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ...
kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya...
dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib."Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih,
DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK
dipetik dari seorang sahabat dalam "tagged" -http://www.tagged.com/profile.html?uid=5409575562
Berbicara tentang sahabat, terdapat banyak hadis-hadis yang menunjukkan keutamaan dan kepentingan sahabat dalam kehidupan seorang muslim. Sahabat itu adalah ibarat cermin pada diri kita, siapa kita akan dapat digambarkan dengan melihat dengan siapa kita bersahabat.
Sahabat yang baik itu bukanlah sahabat yang sentiasa bergelak ketawa dengan kita, ataupun sahabat yang menangis bersama, bukan juga sahabat yang sudi menemankan kita makan atau melancong tidak kira masa, akan tetapi sahabat yang baik itu adalah sahabat sentiasa mengingatkan kita dalam rangka iman dan ukhuwwah kepada Allah.
Ketika mana kita lupa untuk beramal kepada Allah, lalai dalam kehidupan, larut dengan dunia, maka sahabat yang baik ini akan mengingatkan kita agar kembali ke jalan yang lurus, begitu juga dalam beramal kebaikan, sahabat yang baik ini akan membantu dengan sepenuh hati, malahan akan menguatkan kita dengan bantuannya. Itulah hakikat sebenar sahabat yang baik.
Lihatlah kiri dan kanan kita, adakah terdapat di sekeliling kita sahabat yang baik, kawan mungkin ramai, kenalan juga mungkin lebih ramai, akan tetapi sahabat ini perlu dicari, bak kata Saidina Umar, hendaklah kamu mencari sahabat – sahabat yang baik dan hidup dalam lingkungannya.
Marilah kita berpesan-pesan dengan kebaikan dan bersama kearah kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
Mohd Hisham Mohd Sharif
disunting dari http://ismakedah.wordpress.com
Teka-teki Gitu-gitu Apek
Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…
Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu
Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…
Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!
Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!
Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!
Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!
Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.
Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’
Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!
Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani
Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
Hampeh.
www.iLuvislam.com
Im Koyube
Editor : Im Koyube
Hari-hari saya kini amat bermakna.
Alhamdulillah, Allah telah aturkan hidup insan yang lemah ini untuk menemui individu-individu yang luar biasa. Jutawan, aktivis, pendidik, motivator, penasihat dan lain-lain. Mereka memberi kesan yang hebat dalam hidup dan jiwa saya. Sesungguhnya ramai orang di luar sana yang berhati mulia. Muslim atau bukan muslim. Mereka manusia yang banyak mengubah hidup saya daripada seorang yang mementingkan diri sendiri kepada seorang yang berbeza.
Entah bila saya akan mati dan saya tidak mahu mati saya adalah sia-sia. Biarlah saya meninggalkan dunia dengan meninggalkan suatu legasi yang dapat merobah dunia. Biarlah apa orang kata, ‘I don’t care’. Saya percaya saya boleh dan Allah akan sentiasa membantu saya. Mengapa saya perlu takut?
Pertemuan saya dengan seorang pendidik semalam amat-amat menusuk jiwa. Seorang pendidik yang peka dengan alamnya dan cakna dengan masyarakat sekelilingnya. Bayangkan, kesemua duitnya di-infaq-kan untuk mereka yang memerlukan; orang miskin, anak yatim dan seumpanya. Dan itulah kebahagian yang dicari olehnya!
Alhamdulillah, sempat saya memohon cikgu tersebut mendoakan saya supaya ditemukan Allah isteri yang solehah. Ya, saya sangat sibuk dengan kehidupan seharian sehingga saya tidak sempat nak bermain SMS dengan seorang wanita cantik yang belum sah menjadi teman hidup saya. Dan saya bahagia dengan pilihan itu!
Saya terharu dengan kata-kata dan SMS cikgu yang saya ziarahi semalam, menurutnya:
“Allah malu dengan orang-orang muda seperti kamu. Seperti sahabat-sahabat Nabi SAW yang berjuang bersama Baginda. Allah suka orang muda yang berjuang ke jalan-Nya. ‘Go for it’. Makcik sokong dan tolong.”
Meremang bulu roma saya mendengar kata-kata semangat dari seorang pejuang dan pencinta amal kebajikan. Moga Allah berikan saya kekuatan yang berpanjangan, ameen.
Kadangkala diri merasa letih dengan segala kerja yang dibuat tetapi hati kecil saya selalu melawan dan mengatakan bahawa:
“Im, ini sesuatu yang kecil yang kamu dapat sumbangkan kepada ummah. Biarlah dirimu letih kerana perkara sebegini daripada kamu letih dan penat melakukan maksiat. Apa sahaja yang dapat kamu sumbangkan sebagai tanda cintaMu kepada Allah..? Ilmu kamu sedikit tetapi manfaatkanlah semuanya untuk ummah..Bukan untuk dirimu sendiri..”
May Allah rewards you Jannatul Firdaus.
Together WE make history for OUR ummah.
Sumber : imkoyube.iluvislam.com
Search
Categories
- coretan hati (2)
- dakwah (3)
- i luv islam (1)
- KPMAM (1)
- KPMM-XTVT. (1)
- lirik InTeam (1)
- motivasi (3)
- semasa (1)
- Suka 2 Aja.. (1)
About Me
- MuHamMad FaKhRuDdiN BiN MoHd FaiZ
- My name is Muhammad Fakhruddin Bin Mohd Faiz, was born in Sungai Petani Kedah at 9.30 PM on 6 July 1989.